HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA Pengenalan TARIKH 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995. Objektif Mempromosikan budaya membaca, penerbitan buku dan juga hari bagi menghormati hakcipta kepada setiap karya perekacipta ilmu-ilmu yang telah dibukukan sebelum ini. Sejarah la sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose. Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan 'el dia del llibre' atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena memperingati pemergian penulis terkenal seperti Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, pada 23 April 1616. Pemberian bunga ros telah diganti dengan buku, iaitu 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar. Meraikan hari Buku dan Hakcipta Sedunia pada...
SEPANJANG tahun, terdapat beratus tarikh yang telah dipilih bagi meraikan golongan tertentu seperti hari untuk ibu, hari lelaki, hari guru dan sebagainya.
Popular posts from this blog
Program Jom Baca Bersama 10 Minit
Program Jom Baca Bersama 10 Minit ialah satu inisiatif tahunan yang bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. IA dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, guru, kakitangan kerajaan dan swasta, serta komuniti awam. Tujuan Program Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Menjadikan membaca sebagai gaya hidup . Menyokong matlamat Dasar Buku Negara dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021–2030 22 April 2025 | Selasa Album 1 : Sesi bersama YB Datuk Hj Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem. Adun Duyong sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Aktiviti : YB bercerita, majlis perasmian koleksi buku YB & majlis penyampaian cenderahati Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama iaitu dari pihak JPKK Sungai Duyong, Pers...
Apa itu kafein?
Definisi Apa itu kafein? Kafein adalah bahan kimia perangsang yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan produk hasilan yang sering dijual di pasaran. Ia merupakan bahan yang sering menjadi pilihan pengguna tatkala ingin membebaskan diri daripada rasa mengantuk atau jika ingin mencapai objektif tertentu seperti pengurangan berat badan dan tenaga tambahan sebelum bersenam. Secara teknikalnya, ia merupakan sejenis dadah. Ia terkandung di dalam minuman seperti teh, kopi, air coklat dan air berkarbonat. Ada juga kafein yang dijual dalam bentuk pil dan kebiasaannya ia diambil sebagai suplemen atau dimakan sebelum seseorang individu itu melakukan aktiviti lasak . Pengambilan bahan berkafein boleh menyebabkan peningkatan kadar proses fisiologikal badan. Tanda terlebih kafein dalam badan seseorang individu itu adalah dia akan menjadi lebih peka, jantung berdegup lebih kencang atau mempunyai lebih banyak tenaga untuk melakukan sesuatu. Walaupun ia seperti membantu se...
Comments
Post a Comment