Perkhidmatan Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong


Perkhidmatan Perpustakaan Desa.

Hi Assalamualaikum dan salam sejahtera |

Perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong.Jom datang ke Perpustakaan Kami yang terletak di Jalan SD 2/11, Taman Seri
Duyong 2, 75460 Melaka

https://g.co/kgs/segFMC


Waktu Perkhidmatan

WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SERI DUYONG

ISNIN HINGGA KHAMIS
9.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT
9.00 PAGI - 12.15 TGH
12.15 TGH - 2.45 PETANG (TUTUP/REHAT)
2.45 PETANG - 5.00 PETANG

SABTU
10.00 PAGI - 2.00 PETANG

AHAD & CUTI UMUM
TUTUP

MAKLUMAN
SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG PERUBAHAN ATAU
PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN, MEMO PEMBERITAHUAN AKAN
DITAMPAL DI PAPAN KENYATAAN TERLEBIH DAHULU

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI : 
06-2688208


               

        Perkhidmatan Pinjaman
       
Perkhidmatan pinjaman hanya disediakan kepada pengguna perpustakaan yang berdaftar sebagai ahli perpustakaan sahaja. Setiap ahli layak mendapat kemudahan pinjaman buku sebanyak 1-5 naskah bagi tempoh 3 minggu.

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan rujukan merupakan sebahagian perkhidmatan yang menyediakan pelbagai jenis buku rujukan termasuk koleksi kamus,pakejan maklumat,ensiklopedia, keratan akhbar,buku rujukan sekolah menengah dan sekolah rendah serta lain-lain bahan meliputi semua bidang perkara. 


Perkhidmatan Kanak-Kanak



Bahagian Kanak-kanak menyediakan keperluan pembacaan dan pembelajaran kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 12 tahun. Di antara koleksi di bahagian ini ialah koleksi pinjaman, koleksi rujukan, koleksi majalah dan koleksi permainan pembelajaran.

Perkhidmatan Akhbar Dan Majalah

Ruang Bacaan Santai
                      






Ruang Bacaan Santai

Sudut Majalah Terkebelakang

Sudut Majalah Semasa
 
Terdapat akhbar Berita Harian dan akhbar Metro   disediakan di Bahagian Akhbar & Majalah. Majalah yang disediakan di ruangan ini pula meliputi pelbagai bidang perkara.

 

Perkhidmatan Sumber Media

 







 

 

Perkhidmatan Sumber Media merupakan media elektronik atau bahan tidak bercetak dalam pelbagai bidang perkara dan format seperti cakera padat, cakera audio, cakera video, cakera video digital dan yang diterbitkan di dalam dan luar negara.


Perkhidmatan Siber 


Bahagian Siber menyediakan perkhidmatan Internet secara percuma bagi penggunaan para pengunjung perpustakaan desa Taman Seri Duyong di samping penggunaan komputer, alat pengimbas, pencetak dan sebagainya.


Perkhidmatan Lain.











Cetakan Maklut dari Internet Info U-Pustaka,info PDTSD,sudut pameran,sudut kreativti dan info-info lain.Terdapat Juga pelbagai Aktiviti Galakan Membaca, dan Aktiviti Kolaborasi Bersama Agensi Tadika Perpaduan,Tadika Kemas dan Tadika Swasta seperti Pasti Imtiyaz .

Antara aktiviti lain ialah, Aktiviti bersama penduduk setempat,komuniti PDTSD,aktiviti bersama Persatuan Penduduk Taman Seri Duyong 2 ,Aktivti bersama Persatuan Ibu Tunggal Penduduk Taman Seri Duyong 2,Aktivti Ceramah Motivasi dari Agensi Luar, dan sebagainya.


Ikuti Perkembangan semasa dan dapatkan info menarik Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong secara atas talian di  Facebook ,Tiktok , YouTube PD Taman Seri Duyong. Kami mengalu-alukan anda untuk menekan butang follow supaya tidak ketinggalan dengan info yang kami sajikan kepada anda. 

Comments

Popular posts from this blog

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Apa itu kafein?