Riwayat Hidup Rasulullah SAW

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ! | 

Jum kenali Rasullullah !



Riwayat Hidup Rasulullah SAW

  1. Nabi Muhammad SAW lahir di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi.
  2. Nabi Muhammad berasal dari Keturunan bangsawan Quraisy, iaitu golongan yang terkenal dan berpengaruh di kalangan masyarakat Arab.
  3. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya bernama Aminah binti Wahab.
  4. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana kematian ayah semasa masih dalam kandungan ibunya.
  5. Beberapa hari setelah dilahirkan, baginda disusui ole Suwaibah Al-Aslamiah sebelum diserah kepada Halimatus Sa'adiah daripada kabilah Bani Salad.
  6. Ketika berusia empat tahun, nabi membantu keluarga angkatnya menggembala kambing.Pekerjaan itu telah melatih nabi bersabar dan tabah menghadapi ujian hidup.
  7. Ketika berusia enam tahun, baginda bersama bunya pergi menziarahi kubur ayahnya di Madinah.
  8. Dalam perjalanan ibu baginda telah jatuh sakit lalu meninggal dunia. Jenazah ibunya dimakamkan di Abwak
  9. Baginda dibawa pulang ke Mekah oleh hambanya Ummu Aiman dan telah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.
  10. Abdul Mutalib merupakan seorang pembesar Mekah yang terkenal dan 
  11. Baginda hanya sempat tinggal bersama datuknya selama dua tahun sebelum datukya meninggal dunia.
  12. Datuknya meninggal dunia ketika baginda berusia lapan tahun.
  13. Selepas kematian datuknya, nabi dipelihara pula ole bapa saudaranya Abu Talib.
  14. Baginda telah bekerja mengembala kambing untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh bapa saudaranya.
  15. Ketika berusia 12 tahun, baginda mengikuti rombongan perniagaan bapa saudaranya ke Syam. Ketika berada di sana, bapa saudaranya telah bertemu dengan seorang pendita Nasrani bernama Buhaira dan beliau mendapati ada tanda-tanda kerasulan pada baginda seperti yang terdapat dalam kitab Taurat dan Zabur.
  16. Semasa remaja, baginda telah berkongsi berniaga dengan Saib bin Abi Saib, pemuda Quraisy.
  17. Ketika berusaha 25 tahun baginda telah menjalankan perniagaan kepunyaan Khadijah binti Khuwailid ke Syam dengan ditemani oleh seorang pembantu lelaki yang bernama Maisarah.
  18. Kemuliaan peribadi dan kebijaksanaan baginda telah memaut hati Khadijah. Beliau telah meminta hambanya Maisarah untuk melamar Rasulullah SAW.
  19. Rasulullah SAW telah bersetuju untuk berkahwin dengan Khadijah. Baginda ketika itu berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.
  20. Hasil perkahwinan itu, baginda telah dikurniakan enam orang anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan.
  21. Baginda dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun yang menjadi penyelamat dan rahmat ke seluruh dunia
  22. Wahyu pertama diterima ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hirak.
  23. Selepas peristiwa itu baginda terus pulang menemui Khadijah dalam keadaan ketakutan dan menceritakan peristiwa yang telah dialaminya.
  24. Khadijah membawa baginda menemui sepupunya iaitu Waragah bin Naufal, seorang pendita yang mengetahui tentang Taurat dan Injil.
  25. Waragah memberitahu tentang kerasulan nabi Muhammad SAW dan berjanji akan membantunya jika umurnya panjang. Tidak lama selepas itu Waraqah pun meninggal dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Apa itu kafein?