Kelas Seni Khat Individu & Kelas Rakan Baca

Kelas Seni Khat Individu & Kelas Rakan Baca

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | 

Untuk makluman semua di Perpustakaan DesaTaman Seri Duyong terdapat kelas percuma inisiatif daripada Staff PD kepada pengunjung/komuniti setempat dan orang awan untuk disertai bagi meningkatkan penglibatan para pengunjung maya dan pengunjung setempat untuk menyertai aktiviti dan memberikan informasi terkini.

Objektif :
  • Memperluaskan dan memperkenalkan lagi peranan Perpustakaan Desa kepada masyarakat melalui media sosial.
Matlamat :
  • Mendidik masyarakat untuk mengenal tulisan dan seni khat yang popular . Selain mengasah bakat terpendam setiap individu yang menyertainya.

Kelas Seni Khat Individu 

Ini adalah antara peserta individu yang menyertai aktiviti ini :-

❤️Kelas Seni Kaligrafi Khat❤️
Peserta:Adik Siti Aisyah Khairul Nizar
Pembelajaran hari ini : Kerawang Bunga Khat dan Khat Thuluth “Muharram”






Kelas Rakan Baca

Ini adalah antara peserta yang menyertai aktiviti ini :-
Kelas Rakan Baca😇
Alhamdulillah adik-adik dah pandai membaca 🥰
Terima kasih kepada adik Humaira,Atiyah Airis kerana menyertai aktiviti rakan baca Perpustakaan 🥰



Objektif :-
  • Menjadikan Perpustakaan sebagai tempat atau pusat untuk belajar dan membaca dengan menggunakan bahan bacaan sedia ada secara percuma.
  • Mempelbagaikan fungsi dan pernana Perpustakaan Desa dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan serta aktiviti galakan membaca untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung kanak-kanak ke perpustakaan.
Matlamat :-
  • Membantu peserta menguasai kemahiran membaca,menulisa dan belajar dengan baik.
Peserta yang menyertai program ini adalah terdiri daripada olongan kanak-kanak dan ada juga dewasa untuk pembelajaran seni khat.Kelas Rakan Baca dilaksanakan pada hari Selasa hingga Khamis manakala kelas seni khat pada setiap Isnin.

Sekian terima kasih.


Comments

Popular Posts