Program Sempena Sambutan Hari u-Pustaka 2023
Program Sempena Sambutan Hari u-Pustaka 2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera |
Tanggal 31 Mac 2023 merupakan hari u-pustaka yang ke-12 .Oleh itu, pihak perpustakaan telah menganjurkan sebuah program sempena sambutan hari u-pustaka . Program ini juga merupakan program kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital Taman Seri Duyong (PEDi) . Peserta kami terdiri daripada adik-adik tadika PASTI Imtiyaz Taman Seri Duyong dan guru-guru pasti yang terlibat.
Terdapat dua aktivti telah dilaksanakan seperti aktivti bercerita menggunakan buku digital pangkalan data "Me Book" (pnm.mebooks) dari www.u-pustaka.gov.my ( Website U-pustaka ) dan aktiviti mencari logo u-pustaka (Hidden Picture)
Aktivti ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.30 pagi .
Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi mengenai pangkalan data “Me Books”. “Me Books” telah ditubuhkan pada tahun 2017. Pangkalan data ini menyediakan bahan bacaan secara digital. Ianya bukan sekadar bahan bacaan digital biasa untuk aktiviti membaca malah pengguna juga boleh mendengar audio bacaan bersama , audio bunyian bergambar , serta boleh merekod suara bacaan sendiri semasa membaca. Lebih menarik lagi pengguna yang mengakses melalui pautan web u-pustaka boleh menggunkan “Me Books” secara percuma sahaja . Jadi adanya peluang ini mari ramai-ramai kita mendaftar sebagai ahli u-pustaka secara percuma .
Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang berlangsungnya aktiviti ini.
Comments
Post a Comment