HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA
Pengenalan
TARIKH 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995.
Objektif
Mempromosikan budaya membaca, penerbitan buku dan juga hari bagi menghormati hakcipta kepada setiap karya perekacipta ilmu-ilmu yang telah dibukukan sebelum ini.
Sejarah
la sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose.
Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan 'el dia del llibre' atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena memperingati pemergian penulis terkenal seperti Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, pada 23 April
1616. Pemberian bunga ros telah diganti dengan buku, iaitu 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar.
Meraikan hari Buku dan Hakcipta Sedunia pada
23 April, yang telah dinobatkan oleh UNESCO, satu badan antarabangsa. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan juga menghormati hak cipta (kepada setiap 'pereka cipta ilmu-ilmu' yang telah dibukukan itu).
Sambutan
Sambutan hari buku ini juga untuk meraikan kesinambungan ilmu yang telah ditinggalkan oleh para penulis, yang bukan sahaja yang meninggal pada tarikh tersebut, malah kepada semua penulis atau 'guru' yang telah mengabadikan ilmu mereka ke dalam bentuk tulisan.
Aktiviti:
* Penganjuran Pesta Buku
* Aktiviti Galakan Membaca
* Wacana Intektual
Sesi Bersama Penulis-Penulis Buku
Perkampungan Buku
HAKCIPTA
Apakah Hakcipta?
Hakcipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal
penggunaan sesuatu pernyataan idea atau maklumat.
Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk tempoh yang terhad. Simbol untuk hak cipta ialah ©, dan di sesetengah bidang kuasa, simbol itu boleh digantikan
dengan (c).
Apakah akta yang melindungi hakcipta?
Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah tertakluk
kepada Akta Hakcipta 1987.
SYARAT HAKCIPTA
Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :
* Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
* Karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
* Penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
* Karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.
Comments
Post a Comment