Apa itu kafein?
Definisi
Apa itu kafein?
Kafein adalah bahan kimia perangsang yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan produk hasilan yang sering dijual di pasaran.
Ia merupakan bahan yang sering menjadi pilihan pengguna tatkala ingin membebaskan diri daripada rasa mengantuk atau jika ingin mencapai objektif tertentu seperti pengurangan berat badan dan tenaga tambahan sebelum bersenam.
Secara teknikalnya, ia merupakan sejenis dadah. Ia terkandung di dalam minuman seperti teh, kopi, air coklat dan air berkarbonat.
Ada juga kafein yang dijual dalam bentuk pil dan kebiasaannya ia diambil sebagai suplemen atau dimakan sebelum seseorang individu itu melakukan aktiviti lasak.
Pengambilan bahan berkafein boleh menyebabkan peningkatan kadar proses fisiologikal badan.
Tanda terlebih kafein dalam badan seseorang individu itu adalah dia akan menjadi lebih peka, jantung berdegup lebih kencang atau mempunyai lebih banyak tenaga untuk melakukan sesuatu.
Walaupun ia seperti membantu seseorang untuk menjadi lebih produktif, pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan seseorang.

Apakah kebarangkalian terlebih kesan kafein?
Menurut Mayo Clinic, seseorang individu itu boleh mengambil kafein setinggi 400 miligram sehari.
Jika seseorang itu mengambil jumlahnya melebihi saranan tersebut walaupun daripada sumber kafein lain, kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah kafein berlebihan meningkat.
Namun, umur dan keadaan kesihatan seseorang itu perlu diambil kira sebelum menetapkan jumlah yang boleh diambil oleh mereka.
Sebagai contoh, kajian menunjukkan remaja tidak boleh mengambil minuman berkafein pada kadar melebihi 100 miligram sehari. Perempuan mengandung perlu mengehadkan pengambilannya kepada 200 miligram sehari.
Kesan kafein kepada proses fisiologikal badan juga berbeza mengikut umur, berat dan tahap kesihatan individu secara menyeluruh.
Disebabkan itulah, sukar untuk ditetapkan berkenaan dengan jumlah kafein yang boleh diambil untuk mengelakkan masalah kafein berlebihan.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom
Tanda terlebih kafein dalam badan
Mereka yang mengambil bahan berkafein secara berlebihan boleh mengalami beberapa simptom awal.
Namun, kebanyakan individu sering memandang ringan terhadap perkara itu memandangkan tanda terlebih kafein dalam badan kebiasaannya tidak begitu serius.
Berikut merupakan simptom atau tanda terlebih kafein dalam badan yang boleh dialami oleh seseorang individu:

Comments
Post a Comment