Posts

Showing posts from August, 2023

Kelas Seni Khat Individu & Kelas Rakan Baca

Image
Kelas Seni Khat Individu & Kelas Rakan Baca Assalamualaikum dan Salam Sejahtera |  Untuk makluman semua di Perpustakaan DesaTaman Seri Duyong terdapat kelas percuma inisiatif daripada Staff PD kepada pengunjung/komuniti setempat dan orang awan untuk disertai bagi meningkatkan penglibatan para pengunjung maya dan pengunjung setempat untuk menyertai aktiviti dan memberikan informasi terkini. Objektif : Memperluaskan dan memperkenalkan lagi peranan Perpustakaan Desa kepada masyarakat melalui media sosial. Matlamat : Mendidik masyarakat untuk mengenal tulisan dan seni khat yang popular . Selain mengasah bakat terpendam setiap individu yang menyertainya. Kelas Seni Khat Individu  Ini adalah antara peserta individu yang menyertai aktiviti ini :- Kelas Seni Kaligrafi Khat Peserta:Adik Siti Aisyah Khairul Nizar Pembelajaran hari ini : Kerawang Bunga Khat dan Khat Thuluth “Muharram” Kelas Rakan Baca Ini adalah antara peserta yang menyertai aktiviti ini :- Kelas Rakan Baca Alhamduli...

Program Semarak Merdeka 2023 bersama Tabika Perpaduan Tiang Dua

Image
Program Semarak Merdeka 2023 bersama Tabika Perpaduan Tiang Dua Assalamualaikum dan Salam Sejahtera |  Program promosi perpustakaan dan aktiviti galakan membaca telah dijalankan di Tabika Perpaduan Tiang Dua,Melaka ini telah diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :- Tarikh : 15 Ogos 2023 Hari : Selasa Masa : 9.30 pagi - 12.00 Tengah hari Berikut merupakan antara aktiviti yang dijalankan : 1. Bercerita Mengenai Kemerdekaan Tanah Air Bercerita melalui buku : Tik Si Anak Itik & Independence day 2. Nyanyian lagu patriotik 3. Capan pohon Bunga Raya 4. What's In The Box ( Kotak Misteri Mereka) 5. Puzzle rama-rama merdeka #perpustakaannegaramalaysia DI bawah ini merupakan gambar-gambar yang telah di ambil semasa program berlangsung :- Kami berharap semangat patriotisma dan cintakan negara tersemat dalam diri adik-adik serta amalan membaca sentiasa dipupuk dan menjadi pendorong untuk berjaya di masa depan. Semoga adik-adik lebih gemar lagi untuk membaca. Sekian.