Program Sempena Sambutan Hari u-Pustaka 2023

Program Sempena Sambutan Hari u-Pustaka 2023 Assalamualaikum dan salam sejahtera | Tanggal 31 Mac 2023 merupakan hari u-pustaka yang ke-12 .Oleh itu, pihak perpustakaan telah menganjurkan sebuah program sempena sambutan hari u-pustaka . Program ini juga merupakan program kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital Taman Seri Duyong (PEDi) . Peserta kami terdiri daripada adik-adik tadika PASTI Imtiyaz Taman Seri Duyong dan guru-guru pasti yang terlibat. Terdapat dua aktivti telah dilaksanakan seperti aktivti bercerita menggunakan buku digital pangkalan data "Me Book" ( pnm.mebooks ) dari www.u-pustaka.gov.my ( Website U-pustaka ) dan aktiviti mencari logo u-pustaka (Hidden Picture) Aktivti ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.30 pagi . Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi mengenai pangkalan data “Me Books”. “Me Books” telah ditubuhkan pada tahun 2017. Pangkalan data ini meny...