Rawat HPV Elak Tukar Jadi Kanser

gambar dari cari google Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .Hari ini kami akan berkongsi sedikit pengetahuan dan maklumat melalui pembacaan dari akhbar mengenai penyakit berkaitan Kanser . Sumber : Akhbar Utusan Malaysia Tarikh :18 Januari 2024 Halaman : 24 & 25 Oleh : Roslinda Md Said. Sebanyak 90 peratus kes jangkitan virus Human Papiloma (HPV) pada bahagian kemaluan wanita dilaporkan bersifat sementara dan akan hilang.Namun, jangkitan itu boleh berterusan hingga sel-sel virus pada serviks bertukar menjadi 'garang' (dysplasia).Situasi itu dikenali sebagai prakanser, yang boleh mendorong kepada kanser lain seperti vulva, vagina, anus dan zakar. Pensyarah Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee berkata, pesakit turut berisiko mendapat ketuat di kelamin di samping keabnormalan sel pada organ itu."Walaupun jangkitan virus itu boleh berlaku sesama pasangan seksual, tetapi ia buk...